Sukan Hari Ini

Spurs Pesta Gol, Harry Kane ‘Raja’ Hatrik

KEJAYAAN Harry Kane melakukan hatrik ke gawang Stoke City menjadikan pemain bernombor 10 itu sebagai penjaring hatrik terbanyak dalam sejarah kelab itu di Liga Perdana Inggeris.

Memetik sumber Mstar Online, Hatrik Kane ke gawang Stoke merupakan hatrik keempat yang diciptanya sepanjang menyarung jersi Spurs.

Jumlah tersebut sekali gus meninggalkan rekod Robbie Keane dan Jermaine Defoe yang melakukan tiga hatrik sepanjang bersama Spurs.

“Persembahan yang sangat berkesan pada babak pertama. Apa yang kami tampilkan menunjukkan kekuatan pasukan ini.

“Kami berjaya menjaringkan empat gol dan mendapat clean sheet. Saya gembira dengan hatrik yang saya lakukan,” kata Kane memetik laman web rasmi kelab.

Kane turut menyatakan bahawa gol keduanya ke gawang Stoke sebagai yang terbaik antara tiga gol yang dicipta, malah menjadi salah satu gol terbaik yang pernah dilakukannya.

Pengurus Spurs Mauricio Pochettino memberikan pujian kepada Kane.

“Apa yang ditunjukkan oleh Harry Kane tidak mengejutkan saya. sama ada menjaringkan gol atau tidak, dia selalu tampil hebat.

“Dia adalah seorang pemain profesional dan hebat,” kata Pochettino.

Dalam perlawanan malam Ahad, Spurs menewaskan Stoke 4-0. Spurs kini berada di kedudukan kedua liga dengan 53 mata, diekori rapat oleh Man City yang mengumpul 52 mata.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");