Jenayah

Tahanan Mati Dalam Lokap

Kuala Kubu Bharu: Seorang tahanan yang berada dalam tempoh reman meninggal dunia jam 1.50 pagi semalam dilokap Balai Polis Bukit Sentosa .

Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintendan R Supramaniam berkata, kematian M Thanaseelan, 43, disahkan pegawai perubatan Hospital Kuala Kubu Bharu (HKKB).

“Orang Kena Tuduh (OKT)yang ditahan di sel 4 dilaporkan tidak sedarkan diri.

“Ambulans dari HKKB yang tiba di tempat kejadian mengesahkan kematian OKT.

“Mayat OKT dihantar ke Hospital Sungai Buloh dan bedah siasat akan dijalankan Isnin ini,” katanya, lapor Harian Metro.

Beliau berkata, ketika kejadian OKT masih berada di dalam perintah reman mahkamah dari Rabu hingga hari ini (semalam).

“OKT sudah dirujuk HKKB semalam (kelmarin) kerana mengadu sakit perut dan doktor yang merawat hanya memberi ubat,” katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");