Laporan Eksklusif

Tahlil Untuk Allahyarham Nik Aziz Di Atas Nautical Aliya

SATU majlis tahlil diadakan untuk mengenang mantan Mursyidul Am PAS, Almarhum Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat, semalam di atas MV Nautical Aliya yang membawa Misi Kemanusiaan Food Flotilla For Myanmar.

Penghormatan itu diadakan serentak dengan majlis khatam al-Quran kali kedua selepas selesai solat jamak qasar Maghrib dan Isyak serta solat sunat hajat di kabin navigasi malam tadi.

Terdahulu Allahyarham Nik Aziz meninggal dunia pada 12 Februari 2015 di rumahnya di Pulau Melaka, Kelantan.

Selain tahlil, turut diadakan malam tadi juga telah berlangsung forum “Isu-isu Rohingya” yang dipanelkan oleh Presiden Majlis Perundingan Islam Malaysia (MAPIM), Mohd Azmi Abdul Hamid dan Aktivis World Halal Centre Arab Saudi, Dr Rasheed Osman dan Timbalan Pengerusi Kelab Putera 1Malaysia, Datuk Mohd Farid Hassan di Deck Utama.

Dalam Forum tersebut Ahli- ahli Panel telah menceritakan sejarah bagaimana Kaum etnik Rohingya ini telah dianiaya dan disiksa sejak sekian lama.

Antara isi perbincangan ialah mengenai segala bantuan yang cuba diberikan kepada masyarakat Rohingya namun halangan dari Kerajaan Myanmar mengagalkan segala misi bantuan sebelum ini.

Selain itu kekangan dari perjanjian diplomatik antara negara juga antara yang menjadi batu penghalang bantuan itu disampaikan kepada masyarakat Rohingya.

Dalam sesi soal jawab Ahli Panel telah menjawab dan merungkai segala persoalan yang bermain di dalam pemikiran setiap Peserta yang menyertai Misi Kemanusiaan ini.

Forum yang berjalan selama dua jam setengah ini bakal berakhir jam 11.45 malam waktu tempatan.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");