Berita Hari Ini

‘Tahniah Kepimpinan SPRM Kini’

SHAH ALAM : Tan Sri Abu Kassim Mohamed memuji kepimpinan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang kini dilihat berjaya menyambung perubahan menerusi transformasi dilakukan pada 2010.

Abu Kassim yang juga bekas Ketua Pesuruhjaya badan itu turut berkata, pihaknya sebelum ini mengubah cara kerja SPRM dan perubahan itu memberikan hasil terbaik di bawah pengurusan baharu.

“Saya ucapkan tahniah kepada kepimpinan SPRM kini kerana berjaya menyambung perubahan yang dibuat melalui transformasi 2010.

“Apa yang berlaku hari ini adalah kesinambungan daripada perubahan tersebut kerana suatu ketika duhulu, kita berdepan banyak masalah,” katanya, lapor Sinar Harian.

Beliau berkata demikian selepas Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman antara Universiti Teknologi Mara dan Akademi Pencegahan Rasuah Antarabangsa.

Mengulas lanjut, Abu Kassim menjelaskan sebelum ini SPRM berdepan masalah aspek siasatan lambat, sabitan kes kurang dan siasatan yang sukar ke atas kes-kes besar.

Namun katanya, melalui transformasi tersebut, SPRM kini berjaya meneruskan kesinambu-ngan tersebut selepas melalui angin perubahan pada 2010.

“Kejayaan SPRM ini ibarat kita menanam pokok dan lepas itu, ia tumbuh dengan subur dan menghasilkan buah lebat.

“Bila datang pengurusan baru, mereka tabur baja dan buah itu bukan saja lebat, malah jadi besar dan manis,” katanya.

Jelasnya, siasatan kes melibatkan rasuah kebiasaannya mengambil masa lama iaitu tidak kurang daripada 16 bulan, malah turut mencecah sehingga dua ke tiga tahun.

“Tahniah kepada pegawai SPRM yang meningkatkan lagi keupayaan mereka menjalankan siasatan sesuatu kes,” katanya.

SPRM di bawah kendalian Ketua Pesuruhjaya, Datuk Dzulkifli Ahmad membongkar dan mengambil tindakan ke atas beberapa kes rasuah berprofil tinggi selepas Abu Kassim melepaskan jawatannya tahun lalu.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");