Jenayah

Tipu RM691,000

Selayang: Seorang perunding kewangan dan bekas guru, Ahmad Amiruddin Mohamed, 46, dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini atas kesalahan menyalahgunakan wang RM691,000 untuk aktiviti pelaburan pajakan hotel dan perdagangan komoditi.

Memetik laporan Harian Metro, Ahmad Amiruddin bagaimanapun mengaku tidak bersalah dan mohon dibicarakan selepas pertuduhan dibacakan.

Bagi pertuduhan pertama tertuduh didakwa dengan curangnya menyalahgunakan harta RM481,000 yang dimasukkan secara berperingkat ke dalam akaun Maybank syarikat miliknya iaitu AAM Global Corporation bagi aktiviti pajakan hotel.

Manakala bagi pertuduhan kedua, tertuduh didakwa menyalahgunakan wang RM210,000 dengan cara yang sama untuk aktiviti perdagangan komoditi.

Ahmad Amiruddin didakwa melakukan perbuatan itu di Kondominium Laksamana Puri, Batu Caves dekat sini antara 29 Jun 2015 hingga 19 Julai 2016 dan Bank Islam cawangan Universiti Islam Antarabangsa (UIA) pada 3 Mac 2015 hingga 3 April 2015.

Bagi kedua-dua perbuatan itu tertuduh didakwa mengikut Seksyen 403 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum lima tahun dan sebat serta boleh dikenakan denda, jika sabit kesalahan.

Majistret Nurul Izzah Hasan Basri membenarkan tertuduh diikat jamin RM20,000 bagi kedua-dua pertuduhan dan menetapkan 6 April depan untuk sebutan semula.

Pendakwaan dijalankan oleh Pegawai Pendakwa Inspektor Muhammad Faiz Abu Samah manakala tertuduh diwakili peguam Mohamad Saiful Dzulhelmi Zulkifli.

Terdahulu pada 2 Januari turut dilaporakan satu kes penipuan tertuduh yang didakwa menipu kira-kira 100 mangsa menerusi pelbagai skim pelaburan palsu.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");