Jenayah

Trauma Gerai Dirempuh Dua Kenderaan

KULIM : Seorang peniaga pisang goreng mengakui trauma apabila sebuah van dan pacuan empat roda telah merempuh gerai dan kedai jeruk milik abangnya di situ, petang semalam.

Nora Md Daood, 52 berkata, kejadian mengerikan itu berlaku kira-kira jam 6 petang selepas dia selesai solat Asar dan kembali menjalankan rutin harian berniaga pisang goreng bersebelahan kedai jeruk abangnya di tepi jalan di situ.

“Selepas solat saya kembali ke gerai duduk atas kerusi menunggu pelanggan. Saya memang tengok ke arah jalan, tiba-tiba saya dengar bunyi brek dan nampak sebuah kereta Hilux laju nak mai (datang) ke arah kedai kami.

“Memang ketika itu terkejut sangat, saya memang agak kereta itu akan langgar kedai kami, saya tak fikir panjang terus lari ke belakang masuk ke dalam rumah untuk selamatkan diri,”katanya, lapor Sinar Harian.

Katanya,ketika berada di dalam rumah dia terdengar bunyi dentuman kuat di luar dan bunyi runtuhan.

“Memang masa di dalam rumah habis menggigil kaki tangan, sat (sekejap) sangat terdengar dentuman kuat di luar,”katanya.

Manakala adik iparnya, Nora Yahya, 44 ketika itu sedang menyapu sampah di tepi kedai jeruk milik abang iparnya turut terkejut dan berjaya menyelamatkan diri dari menjadi mangsa nahas itu.

“Saya yang terkejut melarikan diri ke dalam rumah, sebelum terdengar dentuman kuat di luar akibat rempuhan van kilang dan Toyota Hilux itu, kalau lah saya tak sempat lari memang sekali saya diheret ke dalam kedai,”katanya.

Difahamkan, kejadian ngeri itu berlaku apabila pacuan empat roda jenis Toyota Hilux yang datang dari arah Kulim itu sedang mengekori dua kenderaan yang berada di hadapan, bagaimanapun Produa Exora yang berada di hadapan itu dipercayai membelok ke kanan untuk ke masjid secara tiba-tiba manakala van kilang yang berada di tengah telah memberi isyarat awal masuk ke kiri.

Toyata Hilux di belakang yang dipercayai cuba memotong van tersebut di sebelah kanan terkejut apabila Produa Exora di barisan depan turut membelok ke kanan sehingga menyebabkan pemandu terpaksa membelok ke kiri sebelum menghentam van dan kedai di situ.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");