Jenayah

Tukang Urut, Dua Kanak-Kanak Ditemukan Mati

KUALA LUMPUR: Seorang pengurut kaki warga Myanmar dan dua kanak-kanak ditemukan mati dalam keadaan berlumuran darah dipercayai telah dibunuh di sebuah bilik di premis kediaman di Jalan Lembah Maju, Pandan Indah, Ampang di sini malam Ahad.

Memetik sumber Mstar Online, Ketua Polis Daerah Ampang Jaya ACP Hamzah Alias berkata mayat wanita berusia 47 tahun itu bersama mayat anak perempuannya berusia 10 tahun serta cucu lelaki berusia tiga tahun, ditemukan terbaring bersama suami mangsa pada 11.50 malam.

“Pasukan polis telah memecah masuk rumah berkenaan setelah menerima laporan terdapat banyak darah mengalir dari rumah itu sebelum menemukan mayat ketiga-tiga mangsa bersama lelaki itu yang tidak sedarkan diri,” katanya ketika dihubungi Bernama pada Isnin.

Hamzah berkata suami mangsa berusia 47 tahun dan tidak bekerja itu telah dihantar ke Hospital Ampang dan ditahan reman hingga Ahad ini bagi membantu siasatan.

Hamzah berkata mayat wanita dan dua kanak-kanak itu yang memperlihat kecederaan serius dihantar ke hospital sama untuk bedah siasat.

Kes itu disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");