Sukan Hari Ini

Tunku Ismail, Annuar Calon Kekal Rebut Jawatan Presiden FAM

KUALA LUMPUR: Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim dan bekas Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA), Tan Sri Annuar Musa merupakan dua calon kekal bertanding jawatan Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) pada Kongres Pemilihan Ke-53 pada 25 Mac ini.

Bagi jawatan Timbalan Presiden, penyandang sedia ada Datuk Seri Afandi Hamzah akan dicabar Datuk Yusof Mahadi dan Datuk Seri Subahan Kamal.

Sementara itu sembilan individu yang dicalonkan kekal bertanding bagi jawatan Naib Presiden.

Sembilan individu berkenaan ialah Datuk Zainol Fadzi Paharuddin, Datuk S Sivasundram, Johari Ayub, Datuk Abdul Ghani Hassan, Datuk Takiyuddin Hassan, Datuk Rosmadi Ismail, Datuk Shamsul Anwar Sulaiman, Datuk Astaman Abdul Aziz dan Marzuki Sulong memetik laporan Berita Harian.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");