Sukan Hari Ini

Bakal Exco Jangan goyang kaki!

LEGENDA bola sepak negara, Bakri Ibni menasihati bakal Exco yang bakal dilantik pada Kongres Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) Sabtu ini supaya tidak bergoyang kaki sebaliknya perlu mempunyai perancangan dalam misi mengembalikan kegemilangan badan induk bola sepak negara itu.

Menurutnya, Exco memainkan peranan penting dan kegagalan berfungsi bakal memberikan kesan kepada presiden seterusnya institusi FAM itu sendiri.

“Sehebat mana pun pemimpin itu, sekiranya orang sekeliling (Exco) tidak berfungsi, maka seseorang pemimpin itu tetap gagal.

“Kerana itu, ramai pemimpin hebat di dunia ini gagal. Kerana apa? Sebab Exco tidak dapat menjalankan tugas dengan baik dan hasilnya presiden yang bakal dikritik,” katanya memetik sumber Sinar Harian.

Malah, jelasnya Exco yang bakal dilantik itu juga jangan jadi kaki ampu kerana ia adalah masalah paling besar dalam sesuatu organisasi.

“Presiden kena bijak melihat Exco mana yang pandai buat kerja dan yang mana kaki bodek. Jika ada golongan ini dalam FAM, maka skrip sama tetap akan berulang iaitu kejatuhan bola sepak negara,” katanya.

Justeru, Bakri mahu setiap perwakilan memilih Exco yang berkaliber selain mempunyai ilmu dan bukan berdasarkan pangkat semata-mata.

“Perwakilan yang bakal memilih biarlah ‘cerdik bola’. Kenal pasti Exco yang betul-betul layak dan berilmu. Bukan sebab ada gelaran tertentu terus pilih.

“Seluruh rakyat mahu melihat kebangkitan Harimau Malaysia di pentas antarabangsa, jangan kerana silap memilih, bola sepak kita terus lingkup,” katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");