Sukan Hari Ini

Brazil Pasukan Pertama Layak Ke Rusia

SAO PAULO: Brazil menjadi negara pertama melayakkan diri pada pusingan akhir kejohanan Piala Dunia 2018 di Rusia selepas Uruguay tewas 1-2 di tangan Peru.

Peluang tersebut disahkan skuad kendalian jurulatih Adenor Leonardo Bacchi atau lebih dikenali sebagai Tite selepas berjaya menundukkan Paraguay 3-0 di Sao Paulo pada aksi kelayakan awal pagi Rabu.

Paraguay kini di tempat ketujuh dengan 18 mata.

Kekalahan mengejut Uruguay turut membolehkan Brazil menjamin tempat sebagai salah satu daripada empat pasukan yang layak secara automatik ke Rusia dari kelayakan zon Amerika Selatan untuk kejohanan tersebut.

Ia merupakan kemenangan kelapan berturut-turut Brazil dalam aksi kelayakan dan mereka mendahului senarai kedudukan dengan 33 mata berbekalkan empat perlawanan yang perlu diharungi.

Brazil mendahului Argentina yang tergelincir ke tangga kelima dengan 11 mata selepas tewas 0-2 kepada Bolivia.

Empat pasukan teratas akan melayakkan diri secara automatik.

Gol Brazil dijaringkan Philippe Coutinho, Neymar dan Marcelo memetik laporan Mstar Online.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");