Perak Hari Ini

Buli Siber Tunjuk Trend Peningkatan

IPOH: CyberSecurity Malaysia (Cybersecurity) mengesahkan bahawa gejala buli siber menunjukan trend peningkatan apabila jumlah kes berkaitan jenayah itu kini berada di tempat keempat dalam senarai aduan yang berlaku bagi tahun ini.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Dr Amirudin Abdul Wahab berkata menerusi Pusat Bantuan Cyber999 pihaknya mendapati jenayah buli siber mencatatkan jumlah 80 aduan manakala kes penipuan masih mencatatkan jumlah tertinggi iaitu sebanyak 529 kes setakat Febuari tahun ini.

“Ia diikuti dengan kes pencerobohan sebanyak 299 kes, ‘Malicious code’ sebanyak 162 kes dan buli siber sebanyak 80 kes,” katanya dalam satu sidang media pada majlis Projek Kajian Pengurusan Impak Manusia Dalam Keselamatan Maklumat Bagi menilai tahap kefahaman tenaga kerja sektor awam di sini hari ini.

Jelasnya lagi, setakat Febuari tahun ini pusat aduan telah menerima sejumlah 1,223 kes melibatkan pelbagai insiden keselamatan siber daripada pelbagai pihak termasuk orang awam.

“Kita perlu mempunyai kesedaran mengenai ilmu penggunaan siber kerana ia mempunyai kebaikan juga keburukannya kebanyakkan dari kita tidak terdedah dengan ancaman yang ada.

“Malah kini jenayah siber sangat teratur dan mempunyai organisasi sendiri jadi kita perlu lebih berhati-hati,” katanya.

Terdahulu, Perak dipilih sebagai lokasi kedua pelaksanaan Projek kajian pengurusan Impak Manusia Dalam Keselamatan Maklumat Bagi menilai tahap kefahaman tenaga kerja sektor awam dengan kerjasama Cybersecurity dan kerajaan negeri.

Majlis telah dirasmikan oleh Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kesenian, Kebudayaan Komunikasi dan Multimedia negeri Datuk Nolee Ashilin Mohamed Radzi.

Kajian tersebut bertujuan memupuk kesedaran dalam kalangan sektor awam terhadap keselamatan siber dan mengurangkan risiko menjadi mangsa jenayah siber terutama bagi kakitangan sektor awam seluruh negara.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");