Sukan Hari Ini

Danny Blind Dipecat

KEPUTUSAN Belanda memecat jurulatihnya, Danny Blind susulan kekalahan 0-2 kepada Bulgaria dalam aksi kelayakan Piala Dunia 2018 pada Sabtu, tidak menghalang Daley Blind untuk berbangga sepanjang beraksi untuk pasukan yang dibimbing oleh ayahnya itu.

Malah pertahanan Manchester United itu menyifatkan aksi bersama ayahnya sebagai ‘impian menjadi kenyataan’ walaupun jurulatih berusia 55 dipecat selepas dua tahun membimbing Belanda.

“Anda tidak pernah meninggalkan tanggungjawab dan tidak berputus asa. Saya berbangga dengan anda (Danny),” kata Daley memetik laporan Mstar Online.

Danny menggantikan Guus Hiddink pada 2015 tetapi dia gagal membawa pasukan The Orange itu melayakkan diri ke Kejohanan Eropah (Euro 2016) di Perancis pada tahun lalu.

Kekalahan kepada Bulgaria menyaksikan peluang Belanda untuk melayakkan diri ke pusingan akhir Piala Dunia pada tahun depan semakin pudar apabila ketinggalan enam mata di belakang pendahulu kumpulan A, Perancis.

Dalam lima perlawanan setakat ini, Belanda hanya mencatatkan dua kemenangan, satu seri dan dua kekalahan.

Tugas mengendalikan Belanda akan diambil-alih buat sementara oleh Fred Grim ketika pasukan itu bakal bertemu Itali dalam aksi persahabatan.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");