Jenayah

Dua beranak ditahan mencuri di pasar raya

JOHOR BAHRU 26 Mac – Pasangan ibu dan anak perempuan ditangkap selepas dipercayai mencuri pelbagai barangan keperluan harian berjumlah RM1, 300 di sebuah pasar raya di Taman Bukit Indah, di sini semalam.

Memetik sumber Utusan Online, Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri, Superintenden Noor Hashim Mohamad berkata, suspek yang berusia 50 dan 38 tahun itu ditahan pada pukul 1 tengah hari oleh pengawal keselamatan semasa berjalan keluar dari pasar raya tersebut.

“Antara barangan yang dicuri mereka termasuklah permainan kanak-kanak, beras, minyak masak, pencuci pakaian dan pakaian.

“Kedua-duanya merupakan suri rumah dan dipercayai telah melakukan kegiatan tersebut beberapa kali sebelum ini,” ujarnya dalam sidang akhbar di Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Iskandar Puteri, di sini sebentar tadi.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");