Sukan Hari Ini

Hatrik Paulinho Malukan Uruguay

MONTEVIDEO, Uruguay: Brazil bangkit daripada ketinggalan 1-0 dengan membelasah Uruguay 4-1 dalam saingan kelayakan Piala Dunia pagi ini.

Dalam perlawanan tersebut, Paulinho muncul sebagai hero skuad samba selepas meledakkan hatrik bagi mengukuhkan kedudukan untuk melangkah ke pusingan akhir Piala Dunia di Rusia.

“Kami berusaha setiap hari dan kemenangan ini bukan ‘nasib’. Kami juga telah bermain dengan baik untuk mencaipta kejayaan.

“Kami berada di belakang (ketinggalan 1-0), tetapi kami kekalkan tumpuan untuk mengubah kedudukan.

“Sekarang kami perlu kekalkan momentum ini dan saya pasti pasukan ini mampu memberikan yang lebih baik,” kata Paulinho.

Sementara itu, di Buenos Aires, Argentina berjaya menghidupkan semula peluang ke pusingan akhir selepas menang tipis 1-0 ke atas Chile.

Ketua pasukan, Lionel Messi menebus kekecewaan sebelum ini dengan menjaringkan gol tunggal selepas skuad itu dihadiahkan sepakan penalti.

Kemenangan itu merealisasikan harapan Argentina untuk mendapatkan tiga mata daripada perlawanan tersebut walaupun berdepan Chile memetik laporan Mstar Online.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");