Sukan Hari Ini

Isu Gaji TRW, Annuar Musa Salur RM2 Juta

PETALING JAYA: Tan Sri Annuar Musa sedia menyumbangkan dana sebanyak RM2 juta kepada Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) bagi membantu menyelesaikan isu tunggakan gaji pemain The Red Warriors (TRW).

Menerusi entri terbaharu dalam laman Facebooknya pada Rabu, beliau berkata, dana itu akan disumbangkan kepada kepada Bendahari KAFA, Nik Aminaldin Jaafar pada Khamis.

“Saya difahamkan KAFA lewat membayar gaji kerana terdapat penaja yang lambat membuat bayaran.

“Pengurusan (KAFA) harus kuatkan usaha dan mengurus aliran tunai supaya moral pemain tidak terjejas.

“Esok (Khamis) jam 11.30 pagi, Insya-Allah saya akan sampaikan dana RM2 juta kepada bendahari KAFA,” katanya memetik sumber Mstar Online.

Selain itu, Annuar berharap pemain agar terus bersabar dan memberi tumpuan kepada pasukan bagi menghadapi perlawanan akan datang.

“Saya berharap pemain dan pengurusan terus fokus menghadapi persaingan seterusnya,” katanya.

Terdahulu, Kelantan dihimpit kemelut kewangan terutamanya masalah tunggakkan gaji sejak penaja terdahulu, Datuk Seri Dr Hasmiza Othman atau atau lebih dikenali sebagai Datuk Seri Vida menggantung penajaan beliau terhadap pasukan TRW berikutan kemerosotan prestasi pasukan tersebut serta kegagalan untuk Vida Beauty Sdn Bhd meraih sebarang pulangan daripada penajaannya berjumlah RM16 juta.

Walaupun terpalit dengan masalah itu, Kelantan masih mampu mempamerkan aksi cemerlang dalam aksi Liga Malaysia pada musim ini untuk menduduki tangga ke enam liga dengan 12 mata hasil empat kemenangan daripada tujuh perlawanan.

Malah TRW berpeluang untuk melonjak ke tangga ketiga liga kerana masih kurang satu perlawanan berbanding pasukan lain.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");