Isu Panas

Kisah biawak bikin Dewan Rakyat ‘panas’

KUALA LUMPUR – Sidang Dewan Rakyat hari ini kecoh apabila ungkapan ‘jangan jadi seperti biawak’ menghangatkan suasana di dalam dewan.

Ahli Parlimen Setiu, Mohammad Zulkifly Yusof yang ketika itu membahaskan Rang Undang-Undang (Pindaan) Kebankrapan 2016 mengingatkan supaya Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli supaya ‘jangan sampai dia digelar sebagai biawak’.

“Pandan jangan orang panggil kita biawak esok…tapi saya tidak kata dia biawak.

“Semua benda dia hentam tetapi akhirnya berkata apa yang dicakap itu sekadar gurauan,” katanya.

Bangun mencelah perkara itu, Rafizi berkata, beliau tidak ada masalah untuk wakil rakyat kerajaan menghentamnya.

Namun merasa sedikit ralat apabila platform Dewan tidak digunakan sebaiknya oleh mereka untuk membahaskan perihal rakyat.

“Saya tidak ada masalah untuk dihentam tiap-tiap hari di dalam dan luar dewan.

“Tetapi amatlah merugikan rakyat dari Setiu apabil wakil rakyat mereka masuk ke dalam dewan membahaskan rang undang-undang yang cukup penting bagi rakyat tetapi tidak menggunakan sepenuhnya ruang itu untuk membahaskan tentang rakyat tetapi cuba membodek Pekan dengan menghentam saya.

“Saya tidak ada terkesan langsung. Panggil saya biawak, panggillah saya apa pun, saya buat tugas saya sebagai pembangkang,” katanya.

Keadaan kembali reda apabila Speaker, Tan Sri Pandikar Amin Mulia meminta supaya semua wakil rakyat bertenang.

Drama berakhir apabila Mohammad Zulkifly menghabiskan perbahasan beliau.

“Saya menyokong Rang Undang-Undang (Pindaan) Kebankrapan 2016,” katanya.

Perbahasan berhenti berehat dan bersambung pada petang ini memetik sumber Sinar Harian Online.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");