Jenayah

Lelaki didakwa bunuh penarik kereta

KUALA LUMPUR 28 Mac – Seorang bekas pekerja ladang kelapa sawit dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini hari ini atas tuduhan membunuh seorang penarik kereta di sebuah persimpangan lampu isyarat, pertengahan tahun lalu.

Memetik sumber Utusan Online, D. Manivannan, 33, didakwa bersama-sama dua lagi yang masih bebas melakukan pembunuhan terhadap seorang lelaki, V. Kandasamy, 43, di Jalan Taman Ibu Kota Setapak, Wangsa Maju di sini, kira-kira pukul 3.35 petang, 27 Julai tahun lalu.

Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman mati mandatori.

Majistret Siti Radziah Kamaruddin menetapkan 29 Mei ini untuk sebutan semula kes.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");