Sukan Hari Ini

Masih ada umat Islam engkar fatwa haram merokok dalam kawasan masjid

KANGAR: Walaupun Majlis Fatwa Kebangsaan memutuskan rokok adalah haram namun masih ada umat Islam merokok dalam kawasan masjid.

Mufti Perlis Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin yang kesal dengan perbuatan itu, menasihatkan umat Islam supaya menghentikan tabiat buruk itu selain merokok memberi kesan buruk terhadap kesihatan.

“Mereka bukan sahaja membuang puntung rokok merata-rata dan mengotorkan kawasan masjid malah tidak sedar benda yang diputuskan haram tidak boleh dibawa ke dalam masjid,” katanya dalam ceramah maghrib mingguannya di Masjid Alwi di sini malam tadi.

Beliau berkata kawasan ibadat seharusnya sentiasa dalam keadaan bersih dan melambangkan nilai yang diunjurkan oleh Islam dan wajib diamalkan oleh penganutnya.

Mohd Asri turut melahirkan rasa kesalnya terhadap suami yang memarahi isteri mereka hanya kerana dinasihatkan berhenti merokok.

Pada 1995, Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan bagi Hal Ehwal Agama Islam mengeluarkan fatwa merokok adalah haram kerana terdapat kemudaratan.

— BERNAMA

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");