Jenayah

Mayat pemancing udang ditemui

TANAH MERAH: Seorang lelaki yang dilaporkan hilang dibawa arus deras ketika hendak memancing udang di Kampung Tepi Sungai di sini, semalam, ditemui lemas, petang tadi.

Memetik sumber Berita Harian Online, mangsa, Nik Shahreza Che Hashim, 30, ditemui terapung pada jam 5.39 petang oleh seorang lelaki yang sedang memancing di lokasi berkenaan sebelum menghubungi pihak bomba.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Tanah Merah, Hanafi Mohd, ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu dan memaklumkan mayat mangsa ditemui di Pengkalan Jabir, Kampung Sat, kira-kira satu kilometer dari lokasi kejadian.

Katanya, mayat mangsa dihantar ke Hospital Tanah Merah (HTM) untuk bedah siasat sebelum menyerahkan kes berkenaan kepada pihak polis.

Dalam kejadian jam 6.20 petang semalam, mangsa bersama tiga individu lain termasuk adiknya ke lokasi berkenaan untuk memancing udang sebelum mengalami kekejangan otot ketika berenang ke satu lokasi berbatu, kira-kira 200 meter dari tebing sebelum dihanyutkan arus.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");