Perak Hari Ini

MB Dan Isteri Turun Padang Ziarah Mangsa Banjir

BAGAN SERAI: Berikutan hujan lebat yang berlaku sejak seminggu lalu telah mengakibatkan Kampung Padang Lalang, Semanggol mengalami banjir.

Menteri Besar, Datuk Zambry Abd Kadir bersama isteri Datin Saripah Zulkifli hari ini berkesempatan meluangkan masa melawat mangsa-mangsa banjir tersebut.

 

Setakat ini, seramai 66 mangsa dari 18 buah keluarga telah ditempatkan di pusat penempatan sementara dewan orang ramai Kampung Padang Lalang, Semanggol.

Zambry ketika ditemui menjelaskan kejadian banjir ini berpunca dari hujan lebat yang turun sejak seminggu yang lalu.

“Hujan lebat yang turun sejak seminggu lalu telah menyebabkan paras air naik dan sekaligus berlakunya banjir. Permukaan tanah di Kerian ini agak rata jadi ini menyukarkan aliran air terus ke sungai.

“Empangan Bukit Merah dan Sungai Kurau tidak dapat menampung tapungan air yang banyak,” katanya selepas bertemu mangsa-mangsa yang terjejas akibat bencana itu.

Walaubagaimanapun, Zambry menyatakan pihak Jabatan Pengaliran dan Saliran (JPS) telahpun mengambil langkah-langkah bagi mengawal keadaan tersebut.

“Pihak JPS akan menjalankan proses melepaskan air bagi mengurangkan tampungan air. Proses ini akan dijalankan dalam keadaan terkawal, JPS tidak akan melepaskan secara sekaligus.

“Sekiranya hujan lebat masih berlarutan ini akan menyukarkan proses ini,” jelas beliau.

Zambry juga meminta penduduk di Ulu Sepetang untuk bersabar sementara menanti pembinaan jambatan kecil yang runtuh di sana.

“Pihak kerajaan negeri sedang berusaha untuk mempercepatkan pembinaan jambatan kecil di Ulu Sepetang yang telah runtuh.

“Saya memohon penduduk di sana dapat bersabar sementara waktu ini,” katanya.

Pada majlis yang sama, Zambry dan isteri turut menyampaikan sumbangan bantuan kepada mangsa-mangsa yang terjejas.

 

 

 

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");