Perak Hari Ini

“Nak jumpa tapi tak cakap pasal apa?” -Tun M

KUALA KANGSAR: Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Tun Dr. Mahathir Mohamad dengan nada sinis mempersoal tindakan Ahli Parlimen Padang Rengas, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz yang bertegas ingin menemuinya petang tadi.

Bagaimanapun ujarnya, ketika bersua muka, Nazri langsung tidak berbicara apa-apa hingga menyebabkan dirinya juga keliru dengan situasi itu.

“Dia nak jumpa dengan saya tapi saya pun tak tahu kenapa dia nak jumpa dengan saya.

“Bila jumpa dia di kedai jual cendol dia tidak berkata apa-apa pun, dia jumpa tak cakap pasal apa?,” soal Mahathir hingga mendapat sorakan para hadirin yang hadir pada Bicara Rakyat Bersatu Batu 29 di Jalan Kota Lama Kiri di sini hari ini.

Malah sangkanya kehadiran Nazri yang bersungguh-sungguh untuk bertemunya adalah untuk memberitahu hasratnya meletakkan jawatan bagaimanapun beliau hanya membisu seribu bahasa.

“Saya ingat dia nak berkata ingin meletak jawatan tetapi dia membisu seribu bahasa.

“Kalau dia bisik pun saya dengar tetapi dia tidak bisik apa pun hanya duduk ke hadapan sahaja.

“Habis  sangat dia kata itu Sungai Perak, saya pun tahu,”  katanya dalam nada sinis.

Tambahnya lagi,tindakan Nazri adalah cerminan kepada kualiti pemimpin kerajaan kini.

“Saya amat gembira dapat ke Padang Rengas dan diberitahu ia kawasan Nazri Aziz yang ingin berdebat dengan saya tetapi partinya nampak tak menyokong malah kerajaan juga tak sokong.

“Jadi kita akan berdebat di Shah Alam pada  7 April ini,” kata Mahathir lagi.

Terdahulu Pengerusi PPBM itu telah bertemu dengan Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz di pondok rehat berhampiran Lembah Sayong pada jam 4.25 petang tadi.

Perjumpaan santai itu turut dihadiri Naib Presiden PPBM, Datuk Seri Mukhriz Mahathir dan Tun Dr Siti Hasmah Mohamad Ali.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");