Perak Hari Ini

Nazri Tak Perlu Sokongan Sesiapa Untuk Berdebat

KUALA KANGSAR:”Saya tak perlukan sokongan siapa-siapa”

Demikian tegas, Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz ketika memberi maklum balas berkaitan isu debat antara dirinya dan Tun Dr Mahathir Mohamad.

Beliau juga tidak akan ambil kisah sekiranya tidak mendapat sokongan daripada parti dan kerajaan untuk mengadakan perbahasan tersebut.

Malah jelasnya, beliau tetap akan meneruskan perbahasan bersama Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) itu.

“Walau sekalipun saya seorang, saya tetap akan datang saya tidak pedulikan apa yang dikatakan oleh parti.

“Saya membuat perkara yang betul dan saya tidak perlu sokongan daripada mereka kerana ini negara bebas saya boleh buat apa yang saya suka asal tidak melanggar undang-undang,” katanya mengulas dakwaan terdapat pihak segelintir pihak yang tidak menyokong hasratnya untuk berdebat bersama Tun Dr Mahathir.

Beliau turut mengakui telah mendapat sokongan daripada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak dan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

“Pondan-pondan yang mengatakan saya ini pondan, tunggulah terutama Tun Mahathir,” katanya dalam nada bergurau.

Beliau dalam masa yang sama turut, mengulas mengenai kekuatan UMNO dan Barisan Nasional (BN) di Padang Rengas.

Ujarnya, amalan demokrasi memberi ruang kepada setiap orang memilih kerajaan dan calon yang disukai.

“Sekiranya saya tidak bertanding tetapi saya akan pastikan calon kita akan menang,”katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");