Perak Hari Ini

Nazri tunggu Tun M di MRSM Kuala Kangsar

KUALA KANGSAR:Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz menantikan kehadiran Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Tun Dr. Mahathir Mohamad di hadapan pintu masuk Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Sultan Azlan Shah, Kuala Kangsar di sini hari ini.

Beliau tiba pada kira-kira pukul 1 tengah hari bersama kira-kira 50 orang penyokong dan kini masih berkumpul di pintu masuk MRSM tersebut.

Menurut Mohamed Nazri, beliau tetap hadir ke MRSM tersebut walaupun debat di antara beliau dan Mahathir yang sepatutnya berlangsung hari ini tidak dapat diadakan kerana tidak mendapat permit polis.

“Saya akan menunggu kedatangan Tun dan berharap beliau datang,” katanya di sini hari ini.

Dalam pada itu, anggota polis kelihatan menjaga kawalan lalu lintas di perkarangan MRSM.

Terdahulu perdebatan diantara Nazri dan Tun Dr Mahathir sepatutnya berlangsung hari ini bagaimanapun ia telah ditunda pada April depan berikutan penolakan permohonan permit penganjuran debat itu oleh pihak Polis.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");