Perak Hari Ini

Pelancong Korea Cedera, Bot Langgar Pulau

PULAU PANGKOR: Lima mangsa yang dipercayai seorang daripadanya pelancong Korea selatan cedera setelah bot dinaiki mereka terbabas lalu melanggar sebuah bot kecil berhampiran Pasir Bogak malam tadi.

Menurut sumber jurucakap Bomba dan Penyelamat Perak kejadian berlaku sekitar jam 11.10 malam tadi.

Bagaimanapun lima daripada mereka selamat iaitu terdiri daripada dua pelancong korea manakala tiga daripada mereka rakyat tempatan.

“Setiba di lokasi kejadian didapati sebuah bot membawa pelancong warga tempatan dan warga asing dipercayai telah melanggar sebuah pulau,” katanya.

Berikutan pelanggaran itu telah mengakibatkan empat daripada 9 pelancong mengalami kecederaan.

“Anggota bomba kemudiannya memindahkan mangsa dengan menaiki bot kevlar dan membawa mereka ke pesisir pantai sebelum menyerahkan kepada petugas perubatan.

“Empat mangsa yang cedera dibawa ke hospital untuk menerima rawatan,” katanya di sini, hari ini.

Terdahulu operasi menyelamatkan mangsa tamat jam 12.27 tengah malam.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");