Jenayah

Penyerang London Simpan Gambar, Peta Jambatan Westminster Di ‘War Room’

PENGGANAS dalam serangan di London, Khalid Masood dikesan menyimpan pelbagai peta dan gambar Jambatan Westminster di bilik sewanya.

Ibu pejabat Scotland Yard berkata, penyerang kelahiran Britain itu meniru teknik ISIS tetapi tiada bukti bahawa dia mempunyai kaitan dengan kumpulan pengganas tersebut.

Timbalan Penolong Pesuruhjayanya, Neil Basu mendedahkan bahawa lebih banyak siasatan dibuat berhubung serangan yang mengorbankan empat orang dan mencederakan lebih 50 yang lain dalam serangan Rabu minggu lalu.

Polis percaya Masood memandu pada kelajuan sehingga lebih 120 kilometer sejam semasa merempuh orang ramai di Jambatan Westminster, dengan serangan itu mengambil masa kira-kira 82 saat.

Masood dikatakan begitu taksub dengan lokasi serangannya pada Rabu lalu apabila menyimpan gambar-gambar dan peta-peta jambatan itu yang mengorbankan tiga orang.

Sumber memberitahu The Sun bahawa dokumen Parlimen dan kawasan sekitar ditemui di biliknya di Birmingham.

Mengenai bilik sewa yang terletak kira-kira empat kilometer dari kediaman Masood di West Midlands, sumber menyifatkannya sebagai ‘war room’ atau bilik gerakan bagi penyerang berkenaan. – Mail Online

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");