Jenayah

Perdagang manusia, dua direman seminggu

KLANG: Seorang pemilik syarikat memproses dan memasarkan sarang burung walit bergelar Datuk direman tujuh hari untuk membantu siasatan kes pemerdagangan manusia.

Perintah dikeluarkan Majistret Nor Asmah Ahmad berkuat kuasa hari ini.

Nor Asmah turut memerintahkan seorang wanita berusia 29 tahun yang juga pengurus sebuah jabatan syarikat itu direman seminggu.

Semalam, lelaki berusia 29 tahun itu ditahan selepas didapati mengeksploitasi 172 pekerjanya termasuk bekerja lebih 16 jam sehari tanpa cuti.

Dia ditahan dalam operasi Pasukan Petugas Khas Majlis Anti Pemerdagangan Orang dan Anti Penyeludupan Migran (MAPO) Kementerian Dalam Negeri dengan kerjasama Bahagian Kongsi Gelap, Maksiat dan Perjudian Bukit Aman, Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor serta Jabatan Imigresen dan Jabatan Tenaga Kerja.

Kes disiasat mengikut Seksyen 12 Akta Penyeludupan Migran (ATIPSOM) 2007 dan Akta Kerja 1955. Daripada 172 pekerja wanita berkenaan, 155 adalah warga Indonesia dan Myanmar.

Semua pekerja berkenaan berusia antara 16 hingga 40 tahun memetik sumber Berita Harian Online.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");