Isu Panas

PKR, Pas perlu runding untuk menang PRU14

ALOR SETAR:Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Mohamad Azmin Ali menegaskan bahawa PKR tidak pernah memutuskan hubungan dengan Pas dan menghormati perbezaan pendapat di antara parti.

Malah jelasnya PKR masih mengambil pendirian dalam Majlis Pimpinan Pusat untuk mengekalkan kerjasama dengan Pas.

“Ia memerlukan satu pertemuan segera bagi tujuan tersebut sebab masa semakin suntuk dan pilihan raya semakin hampir. Sebab itu kita mengajak semua pihak berbincang bagi mencapai satu konsensus,” katanya memetik sumber Sinar harian.

Beliau juga optimis bahawa semua parti selain BN akan bekerjasama dengan Pakatan Harapan untuk mendepani Umno dan BN pada PRU14.

“Saya percaya selepas Muktamar Pas nanti, pimpinan Pas lebih bersedia dan berbincang membina persefahaman untuk menghadapi PRU14.

“Apabila kita mengambil keputusan sebagai sebuah parti untuk masuk dalam pilihan raya, sudah tentulah kita nak menang. Saya tak pasti kalau ada parti politik yang nak masuk pilihan raya tapi tak nak menang,” katanya.

Pada perkembangan lain, Azmin menghormati ideologi parti Bersatu yang memberi bayangan mahu menjadi parti utama yang akan mendokong perjuangan Pakatan Harapan.

“Itu strategi parti Bersatu untuk memainkan peranan Umno, kita kena hormat. Tetapi mana-mana parti yang menyertai Pakatan Harapan mesti menerima kerjasama yang telah dipersetujui bersama.

Jelasnya, tidak ada mana-mana parti yang mengawal atau mengetuai Pakatan Harapan, seperti BN apabila Umno merupakan parti yang dominan.

Beliau juga masih mengharapkan supaya pertandingan satu lawan satu menentang BN pada PRU14 nanti dapat direalisasikan.

“Dalam konteks rundingan kerusi, bukan saja dalam Pakatan Harapan tetapi juga kerjasama yang wujud bersama parti Bersatu dan Pas. Tidak mudah kerana setiap parti akan pertahan hujah mereka,” katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");