Berita Hari Ini

PM Najib ucap takziah kepada keluarga Siti Rahmah

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengucapkan takziah kepada keluarga veteran UMNO Datuk Siti Rahmah Kassim yang meninggal dunia pagi tadi.

“Innalillah. Terima berita sedih. Datuk Siti Rahmah Kassim telah pulang ke rahmatullah pada pagi tadi.
“Takziah kepada keluarga. Al-Fatihah,” kata Najib menerusi laman Twitternya malam ini.

Siti Rahmah yang juga pejuang kemerdekaan itu meninggal dunia kerana sakit tua di rumah anaknya di Kelana Jaya pada 10.55 pagi tadi, meninggalkan empat anak perempuan dan seorang lelaki.

Jenazah Siti Rahmah, 91, disembahyangkan selepas solat Asar di Masjid Al-Hidayah, Kelana Jaya sebelum dikebumikan pada kira-kira 5.40 petang tadi.

Allahyarham adalah wanita pertama yang menyerahkan barang kemasnya kepada bekas Perdana Menteri Tunku Abdul Rahman untuk menampung perbelanjaan rombongan ke London dalam misi menuntut kemerdekaan.-bernama

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");