Membawang Hari Ini

Romantik dengan suami, Anzalna nafi menunjuk-nunjuk

KUALA LUMPUR: Pelakon Anzalna mengaku gemar berkongsi foto romantik bersama suami, Mohamad Hanif Mohamad Zaki di laman Instagram, namun bukanlah niatnya mahu menunjuk-nunjuk keintiman mereka.

Anzalna atau nama penuhnya, Nur Anzalna Md Nasir, 29, memberitahu BH Online, berdasarkan pengamatannya, kebanyakan foto yang dikongsi sering menjadi inspirasi peminat dan jarang mendapat komen negatif.

“Saya muat naik foto bersama suami bukan kerana mahu membuatkan orang cemburu, jauh sekali ingin menunjuk-nunjuk.

“Saya melihat ia sesuatu yang positif kerana foto itu menjadi inspirasi pengikut.

“Sebagai contoh, apabila saya berkongsi gambar bunga yang dihadiahkan suami, peminat akan beritahu mereka juga mendapat bunga pada keesokan hari. Saya pula yang gembira dengan komen seperti itu,” katanya.

Mengenai perkembangan karier, kata Anzalna, dia akan sibuk dengan penggambaran drama telenovela produksi Slobal Station, tidak lama lagi.

Ini adalah drama berepisod panjang kedua lakonan Anzalna selepas Memori Cinta Suraya, terbitan produksi sama, dua tahun lalu.

Anzalna berkata, biarpun ada pelakon tidak sanggup memberi komitmen terhadap penggambaran drama panjang, baginya ia memberi kepuasan tersendiri.

“Walaupun penggambaran drama mengambil masa berbulan-bulan, saya seronok melakukannya berbanding drama pendek. “Apatah lagi bekerja di bawah produksi Global Station, kru dan anggota produksi mudah bekerjasama… Itu yang penting,” katanya memetik sumber Berita Harian Online.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");