Perak Hari Ini

SUKMA 2018: Perak Perlukan RM162 Juta Untuk Baik Pulih Kemudahan

IPOH:Kerajaan Negeri mensasarkan peruntukan sejumlah RM162 juta bagi kerja-kerja penyelenggaraan, penambahbaikan dan pembinaan baharu kemudahan sukan di Perak bagi penganjuran Sukan Malaysia (SUKMA) ke-19 menjelang tahun hadapan.

Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir berkata setakat ini kerja penambahbaikan dan pembinaan baharu kemudahan sukan telah bermula dimana ia melibatkan beberapa lokasi.

Malah ujarnya,selaku tuan rumah, kerajaan negeri telah memulakan beberapa langkah persediaan awal bagi mengenalpasti lokasi acara SUKMA 2018 yang melibatkan setiap daerah di negeri ini.

“Pihak kerajaan negeri telah memulakan persiapan awal dengan mengenalpasti lokasi acara supaya ia tidak tertumpu dalam kawasan Ipoh sahaja tetapi seluruh negeri ini

“Kita juga telah mengenalpasti lokasi berkenaan dan kerja penambahbaikan telah mula dijalankan,” katanya kepada media sejurus selepas majlis Perasmian Program Podium Negeri Perak di sini hari ini.

Tambahnya lagi, usaha-usaha penambahbaikan termasuklah membaik pulih kemudahan sukan melibatkan Stadium Perak, kolam renang dan tapak lapang sasar.

“Kerja-kerja baik pulih kolam renang sedang berjalan dimana ia melibatkan kos sebanyak RM45 juta dan mampu menampung kapasiti seramai 2,000 orang.

“Pembinaan mengambil masa hampir setahun dan dijangka siap pada Januari tahun hadapan .

“Kita telah mulakan pembinaan lapang sasar yang terletak berhampiran Jalan Chemor dimana ia menelan belanja sekitar RM10 hingga RM12 juta,” katanya.

Bagi penganjuran SUKMA 2018, beberapa lokasi telah dipilih seperti di Manjung bagi acara perahu layar, Kuala Kangsar untuk acara sepak Takraw, Taiping bagi acara basikal dan acara angkat berat di Bagan Datuk.

Jelas Zambry pemilihan lokasi itu disifatkan sebagai satu penghormatan bagi setiap daerah untuk merasai kemeriahan sukan SUKMA.

“Jadi seluruh negeri Perak akan terlibat bagi menjayakan sukan ini dan perancangan pengajuran acara untuk setiap daerah dilakukan secara berpusat,” katanya.

Beliau turut mengesa agar Kerajaan Persekutuan mempertimbangkan bentuk bantuan bersesuaian selain membantu daripada segi sumbangan keperluan peruntukan tersebut.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");