Panasnya Hari Ini

Tiga Lagi Mangsa Tebusan Abu Sayyaf Temui Perdana Menteri

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini berkesempatan meluangkan masa menemui tiga lagi mangsa culik kumpulan militan Abu Sayyaf yang baru dibebaskan selepas ditahan selama 8 bulan oleh kumpulan itu.

Tiga mangsa berkenaan, Jumadil Rahim, 24; Mohd. Ridzuan Ismail, 33, dan Fandy Bakran, 27 berjaya diselamatkan pasukan keselamatan Filipina dalam satu operasi di kawasan umum Punay (Publicion) Panglima Estino, Filipina.

Perdana Menteri menerusi sidang medianya memberitahu bahawa kesemua mangsa berjaya diselamatkan dan dibawah pulang hasil usaha kerajaan Malaysia menerusi Kelab Putera 1Malaysia (KP1M) serta pihak-pihak lain.

“Saya dapat menemui 3 lagi mangsa tebusan dan menjadikan kesemua 5 orang yang telah diselamatkan dan kini sudah berada di pangkuan keluarga masing-masing.

“Dan saya bagi pihak kerajaan dan rakyat Malaysia serta semua keluarga yang terlibat mengucapkan penghargaan kepada Presiden Filipina kerana saya tahu bahawa misi untuk melepaskan mangsa ini adalah atas usaha beliau sendiri.

“Saya turut diberitahu bahawa pelepasan itu dilakukan sempena hari jadi beliau yang ke 72 dan beliau ingin ini menjadikannya .

“Dalam masa yang sama, saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada tentera Filipina, PDRM, ATM, Wisma Putra, kerajaan Sabah dan juga kepada KP1M  yang telah pergi ke sana untuk membawa balik dan bantu dalam urusan keluarga dan kesihatan mangsa,” katanya.

Menurut Najib lagi, kesemua mangsa telah memaklumkan kepada beliau tentang keinginan mereka untuk berkhidmat sebagai anggota Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM).

Bagaimanapun jelas beliau, perkara telah dipersetujui dan dimaklumkan kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Shahidan Kassim.

“Ketiga-tiga mereka masih muda lagi iaitu dalam lingkungan umur 20an dan mereka telah meminta saya supaya diterima masuk sebagai anggota APMM dan ditugaskan dikawasan Zon S nanti.

“Jadi saya sudah menghubungi menteri yang dipertanggungjawabkan berhubung perkara ini untuk diberi tempat sebagai anggota APMM dan mereka akan menjalani latihan.

Najib menambah, apa yang diharapkan selepas ini adalah kesemua mangsa penculikan Abu Sayyaf itu menjadikan pengalaman mereka sebagai penaik semangt untuk berkhidmat kepada Negara selepas ini.

“Jadi inilah yang menunjukkan semangat mereka, kerana mereka tahu keadaan di pulau-pulau disana jadi mereka ingin menyumbang kepada usaha kita meningkatkan tahap keselamatan di kawasan Zon S.

“Saya harap mereka tabah mengharungi pengalaman lalu dan menjadi lebih kuat dan terus berkhidmat untuk Negara selepas ini,” katanya lagi.

Terdahulu, Pada Isnin lepas, Najib dan isteri Datin Seri Rosmah Mansor turut bertemu dan mendengar sendiri cerita dua lagi nelayan yang turut menjadi mangsa culik, Tayudin Anjut, 46, dan Abdul Rahim Summas, 63.

Pada 18 Julai lepas, kelima-lima mereka diculik oleh kumpulan militan itu dan kapal tunda Serudong 3 yang mereka naiki ditemui dalam keadaan enjin masih hidup di perairan Dent Haven, Lahad Datu.

 

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");