Laporan Eksklusif

Warga Bangladesh Tak Perlu Datang Jika Rakyat Malaysia Tidak Memilih Kerja

Susulan pengumuman kerajaan dimana kira-kira 1.5 juta pekerja dari Bangladesh akan dibawa masuk ke Malaysia secara berperingkat dalam tempoh tiga tahun bagi memenuhi permintaan majikan daripada pelbagai sektor.

Nampaknya, kerajaan Bangladesh menyambut baik pendekatan berkenaan dan telah mempersiapkan warganya untuk berkhidmat di Malaysia.

Bagaimanapun, adakah akan wujud implikasi buruk sekiranya benar-benar warga Bangladesh dihantar ke Malaysia dengan jumlah sebanyak itu?

Rasanya, rakyat di Malaysia perlu bersedia dengan pendekatan kerajaan ini. Kedatangan warga Bangladesh ini sememangnya ada baik dan buruknya.

Keputusan kerajaan Malaysia yang membuka semula pintu kepada pekerja-pekerja Bangladesh merupakan sesuatu yang ditunggu-tunggu. Bagi kerajaan Bangladesh, Malaysia akhirnya secara rasmi membuka semula peluang pekerjaan kepada rakyatnya selepas sekitar lapan tahun.

Difahamkan kumpulan pertama 97 orang pekerja dijadual berlepas dari Dhaka untuk Kuala Lumpur. Dan masih ramai lagi akan dihantar secara berperingkat pada Mac. Dua orang pegawai kementerian akan mengiringi kumpulan pertama pekerja migran.

Bagi kerajaan Bangladesh, pendekatan yang diambil oleh Malaysia mungkin dilihat sebagai sesuatu yang proaktif dimana ia akan membantu Bangladesh meningkatkan aliran transaksi ekonomi dan meningkatkan rizab asingnya.

Apa-apa pun keadaan ini sedikit sebanyak menggusarkan rakyat Malaysia sama ada dari segi masalah sosial ataupun pengangguran. Bukan kita nak cakap masalah-masalah tersebut disebabkan warga Bangladesh namun impaknya masih merisaukan.

Walaupun ada permintaan pasaran, tapi ia juga memberi implikasi sosial, ekonomi tempatan dan keselamatan. Kedatangan mereka akan menyebabkan populasi negara berubah.

Bagaimanapun Kementerian Dalam Negeri pula menegaskan tiada angka mutlak bagi kemasukan pekerja Bangladesh ke negara ini kerana ia bergantung kepada keperluan sebenar majikan semasa permohonan dibuat.

Jumlah kemasukan pekerja Bangladesh ke negara ini juga akan dinilai berdasarkan kelayakan serta kemampuan setiap majikan mematuhi peraturan yang ditetapkan kerajaan.

Pada masa sama, kemasukan pekerja asing ini akan dipantau kerajaan melalui Agensi Kawal Selia bagi mengelakkan berlakunya kebanjiran pekerja asing dalam negara dan memastikan hanya pekerja asing yang layak saja dibenarkan bekerja di Malaysia.

Menurut kementerian berkenaan, angka 1.5 juta pekerja Bangladesh yang mendapat liputan luas media sebenarnya merupakan jumlah warga Bangladesh yang berdaftar dengan kerajaan negara itu untuk tujuan pekerjaan.

Apa-apa pun bagi rakyat Malaysia sudah tiba masanya untuk anda membuka mata. Hentikan sikap memilih pekerjaan.

Jangan ingat anda ada diploma dan ijazah menyebabkan anda tidak layak membuat pekerjaan-pekerjaan tertentu. Tahukah anda bahawa sebilangan besar dari pekerja Bangladesh yang datang ke Malaysia untuk bekerja itu juga memiliki ijazah.

Malahan ada diantara mereka merupakan graduan kelas pertama dan langsung tidak memilih pekerjaan setibanya di Malaysia.

Golongan belia wajar berasa malu dengan pekerja-pekerja imigran sebenarnya dan bukannya memperlekehkan mereka.

Apa yang dilihat, orang muda di Malaysia lebih cenderung memandang rendah terhadap pekerjaan asing tanpa sedikitpun berasa malu dengan diri sendiri.

Jika bukan kerana kengganan anda untuk membuat pekerjaan itu, jangan memandang rendah dengan warga asing yang sanggup melakukannya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");