Perak Hari Ini

150 Unit Rumah Bina Negara Bakal Dibina Di Kuala Kangsar

KUALA KANGSAR:Felcra Berhad bakal membina 150 unit Rumah Bina Negara (Rumah BN) di tapak cadangan di sini setelah mendapat kelulusan untuk projek pembinaan rumah jenis berkelompok.

Ketua Pegawai Eksekutif FELCRA Berhad, Zulkarnain Md Eusope berkata projek itu akan bermula apabila mendapat kelulusan pelaksanaannya.

“Sekiranya mendapat kelulusan berkaitan tapak untuk memajukan projek ini maka kita akan binanya pada akhir tahun ini,” katanya.

Katanya, rumah Bina Negara ini mempunyai dua model iaitu yang pertama melibatkan pembinaan rumah secara berkelompok yang dipelopori oleh Felcra yang mana pihak kerajaan telah memperuntukkan geran membangunkan infrastruktur sebanyak RM100 juta bagi tahun ini.

“Kita mensasarkan pembinaan sebanyak 2,000 unit rumah di seluruh negara manakala bagi model kedua ialah pembinaan rumah seunit yang dipelopori oleh Risda bagi peserta yang memiliki tanah persendirian sendiri.

Tambahnya lagi, Felcra Berhad perlu mendapatkan tapak perumahan terlebih dahulu daripada pihak berkuasa negeri sebelum menjalankan satu projek perumahan.

“Pembangunan perumahan BN ini adalah pada kadar yang minimum iaitu bersesuaian dengan hasrat Felcra untuk membangunkan perumahan ini khusus kepada golongan kurang berkemampuan.

“Kita tidak menjual rumah ini dengan kadar yang mahal,tetapi menawarkan harga belian iaitu RM75,000 seunit biarpun kos pembinaan bagi perumahan bekelompok ini mencecah sekitar RM150,000 seunit,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam satu sidang media sejurus selepas Lawatan Kerja Majlis Inisiatif Parlimen Kuala Kangsar bersama warga Program Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) Felcra Daerah Kuala Kangsar.
Beliau turut melawat ke rumah penerima bantuan Program Bantuan Rumah (PBR), Ahmad Hayat Abu Halmi di Kampung Sayong.

Katanya lagi, bagai pembangunan rumah secara bekelompok terutama ia memberi keutamaan kepada peserta Felcra atau generasi kedua di luar bandar supaya boleh memiliki rumah sendiri.

Sementara itu, bagi Ahli Parlimen Kuala Kangsar Datin Mastura Mohd Yazid berkata beberapa lokasi telah dikenalpasti antaranya seperti di Senggang, Lempor dan Ulu Kenas.

“Kita akan memastikan tapak lokasi perumahan ini sesuai dan cukup besar menampung kapasiti unit rumah yang bakal dibina kelak,” katanya.

 

 

 

 

 

 

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");