Perak Hari Ini

96 Hospital Angkatan Tentera, TLDM Lumut Jadi Hospital Mesra Ibadah 

LUMUT: 96 Hospital Angkatan Tentera, Pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) Lumut menjadi hospital tentera pertama yang tampil dengan satu pendekatan menarik menerusi perlaksanaan Hospital Mesra Ibadah (HMI) khusus buat para pesakitnya mendekatkan diri kepada tuhan.

Majlis perasmian HMI telah disempurnakan oleh Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir sejurus selepas beliau mengadakan lawatan di hospital tersebut.

Zambry turut menyifatkan ia sebagai satu idea yang baik bagi membantu pesakit di hospital ini mendalami ilmu agama dan mendekatkan diri kepada tuhan.

“Ia adalah satu sejarah yang dicipta malah pendekatan hospital mesra ibadah ini adalah satu pendekatan yang kreatif untuk membantu pesakit mendekatkan diri dengan tuhan.

“Para pegawai perubatan dan staf hospital akan memberi pendedahan tentang kaedah mengambil air sembahyang dan menggalakkan mereka membaca Al-Quran,” katanya kepada media sejurus selepas Majlis Perasmian Hospital Mesra Ibadah 96 Hospital Angkatan Tentera pangkalan TLDM Lumut di sini hari ini.

Konsep hospital Mesra Ibadah bertujuan bagi memudahkan pesakit, keluarga, pelawat dan individu berinteraksi dan dapat mendekatkan diri dengan Allah SWT menerusi penerapan dan penghayatan ibadah semasa dan selepas mendapat rawatan.

Sementara itu menurut pengurus program, Leftenan Kolonel Dr Nik Mohd Noor Nik Amin, berkata konsep digunakan HMI adalah membantu pesakit kearah ibadah kepada tuhan merangkumi solat fardu, bacaan Al-Quran serta zikir selain mewujudkan anggota hospital boleh menjadi pembantu kepada pesakit.

“Setiap pegawai perubatan akan memberi pertolongan seperti memberi peringatan solat, bimbingan cara solat dan menggalakkan pesakit membaca Al-Quran,” katanya.

Bagi Pegawai Memerintah, Brig Jen. Datuk Dr Zakaria Awang, konsep HMI tercetus apabila didapati kebanyakkan pesakit hanya tertumpu penyembuhan penyakit melalui perubatan malah sebaliknya penyakit yang dihadapi adalah peluang mendekati tuhan.

“Kita mahu membantu pesakit mengingati tuhan dan kerana yang menyembuhkan adalah Allah SWT,” katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");