Isu Panas

Cabaran Pemuda Pas Selangor Lucu: Rafizi

KUALA LUMPUR:Tindakan perwakilan Pemuda Pas, Mohd Shukri Omar mencabar Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli disifatkan sebagai satu kenyataan lucu.

Rafizi berkata, kenyataan itu seolah-olah dibuat tanpa Pas sedar yang kemenangan PRU13 lalu menjadikan Rafizi sebagai ahli parlimen Melayu pembangkang yang mempunyai saiz majoriti paling besar di seluruh negara.

“Saya membaca laporan serangan yang dibuat oleh perwakilan-perwakilan Pemuda Pas terhadap PKR, terutamanya saya dan Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.

“Saya berasa lucu dengan cabaran itu kerana jika tidak kerana tindakan pentadbiran Datuk Seri Najib Tun Razak yang secara berterusan mengheret saya ke mahkamah (sama ada pertuduhan jenayah atau saman sivil), saya sudah tentu akan mempertahankan kerusi parlimen Pandan,” katanya dalam kenyataan, hari ini memetik laporan Sinar Harian.

Menurut Rafizi lagi, beliau adalah wakil pembangkang pertama yang memenangi kerusi itu dengan majoriti yang besar iaitu sekitar 27,000 undi, iaitu 67 peratus undi popular.

“Di Pandan juga, undi Melayu yang saya menangi di peringkat parlimen Pandan jauh meninggalkan undi Melayu yang dimenangi Naib Presiden Pas, Datuk Iskandar Abdul Samad yang bertanding di Dun Cempaka di dalam parlimen saya. Maknanya ada pengundi Melayu di Pandan yang mengundi saya tetapi tidak mengundi Pas.

“Sebab itu adalah sangat lucu apabila Pemuda Pas mencabar saya bertanding di Pandan kerana saya bukannya takut atau mahu lari ke mana-mana!

“Masalahnya saya telah dijatuhkan hukuman penjara satu setengah tahun atas pertuduhan membongkar Laporan Ketua Audit Negara yang mendedahkan bagaimana 1MDB tidak membayar anak syarikat LTAT dan geran kerajaan diambil 1MDB walaupun ia dikeluarkan untuk anak syarikat LTAT dan atas sabitan itu, saya tidak dapat bertanding lagi dalam pilihanraya akan datang,” katanya lagi.

Rafizi tidak dapat bertanding pada PRU14 melainkan sabitan terhadapnya digugurkan.

“Jika terdapat sabitan dan beliau dihukum denda sehingga RM2,000 atau lebih dari setahun penjara, beliau tidak layak sebagai calon, jadi tidak boleh bertanding,” kata peguam Gobind Singh Deo kepada The Star Online sebelum ini.

Bagaimanapun, Gobind berkata, Rafizi masih boleh menjadi Ahli Parlimen sehingga “sabitan tersebut tidak boleh dikemukakan rayuan sepenuhnya”.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");