Membawang Hari Ini

Dari Buntat Ke Jibam, Ariff Buktikan Kehebatan

Ramai yang sudah membaca novel Jibam karya kartunis Ujang terbitan Creative Enterprise awal tahun 1990-an.
Novel Jibam ini laris di pasaran dan menjadi kajian pelajar universit tenpatan. Pembaca novel ini mengakui ada yang menitiskan air mata mengenang nasib Jibam.
Kerana popularnya novel Jibam ini, ada yang mencadangkan agar ianya difilemkan, dan setelah sekian lama menanti, peminat novel inj bakal menyaksikan Jibam di layar perak.
Pelakon cilik yang popular, Mohd Ariff Abdullah, yang sebelum ini memegang watak dalam telemovie Buntat diberi kepercayaan memegang watak Jibam yang bakal menemui penonton pada September nanti.
Mohd Ariff bukanlah anak biasa-biasa. Di sebalik penampilannya yang mempersona, bagi ramai penonton siri drama Tujuh Hari Mencintaiku, dia ialah insan istimewa.
Mohd Ariff, 12, ialah pelajar yang disahkan mengidap disleksia. Justeru pembelajarannya tidak sama seperti murid-murid lain.
Namun dalam keadaan begitu dia tetap diberi keyakinan membawa watak Jibam – sebuah produksi pertama yang dijayakannya sebagai pelakon.
Untuk makluman, dia terlebih dulu beraksi di depan kamera untuk Jibam sebelum membawakan watak Buntat. Namun siri drama popular itu dapat ditonton lebih awal oleh orang ramai.
Untuk menyiapkan Jibam, produksi terlebih dahulu merujuk dan mendapatkan ilham daripada Ujang atau nama sebenarnya Ibrahim Anon.
Malahan, Jibam mempunyai 90 peratus jalan cerita sama seperti novel dihasilkan pelukis kartun itu.
Jibam turut dijayakan oleh pelakon seperti Mia Ahmad, Esma Daniel, A Galak, Zaidi Omar dan Fadlan Hazim. Naskhah yang diarahkan Che Mie itu menelan perbelanjaan kira-kira RM1 juta.
Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");