Isu Panas

‘Dipersilakan Untuk Meninggalkan Parti’

PETALING JAYA: Pengerusi Bersatu,Tun Dr Mahathir Mohamad ‘mengalu-alukan’ mana-mana ahli untuk keluar daripada parti itu, jika tidak ikhlas berjuang bersama.

Ujarnya, beliau itu tidak mahu Bersatu menjadi ‘sarang’ kepada sesetengah pihak dalam parti itu yang mahu mengisi ‘tembolok’ demi mencapai matlamat peribadi.

“Berkenan kepada yang meninggalkan parti mereka dipersilakan untuk meninggalkan parti kerana kita tidak mahu ada yang berada di sini (dalam parti) mempunyai kepentingan peribadi,” katanya memetik laporan Sinar Harian pada Rabu.

Mahathir terdahulu mempengerusi mesyuarat khas Majlis Pimpinan Tertinggi ( MPT) parti itu.

Yang turut hadir, Presiden Bersatu,Tan Sri Muhyiddin Yassin; Timbalan Presiden Datuk Seri Mukhriz Mahathir dan pimpinan tertinggi parti yang lain.

Beliau berkata demikian mengulas tindakan 500 ahli Bersatu Bahagian Rembau keluar parti kerana mendakwa hilang keyakinan terhadap pucuk pimpinan pada 6 April lalu.

Menurut, bekas Ketua Aktivis Bersatu Negeri Sembilan, Mohd Anas Sudin berkata, keputusan meninggalkan parti dibuat selepas perbincangan dalam mesyuarat bersama ahli gerakannya pada 28 Mac lalu.

Selepas itu pada 19 April, Setiausaha parti itu Kamarulzaman Habibur turut mengumumkan meninggalkan Bersatu atas alasan yang sama.

Dalam perkembangan lain, Mahathir turut mengingatkan semua ahli yang memegang jawatan Ketua Bahagian tidak semestinya diangkat menjadi calon mewakili parti itu pada pilihan raya yang akan datang.

Sebaliknya jelasnya, calon yang dipilih untuk menentang Barisan Nasional berkemungkinan daripada parti komponen Pakatan Harapan berdasarkan ciri-ciri kelayakan ‘calon boleh menang’.

“Kita mengingatkn semua sekali lagi bahawa menjadi Ketua Bahagian tidak bermakna tetap menjadi calon.

“Calon akan diberikan kepada yang boleh menang dan orang ini mungkin daripada parti-parti gabungan atau daripada Bersatu,” ujarnya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");