Isu Panas

Dr Mahathir Sedia Disoal Siasat

TASEK GELUGOR: Tun Dr Mahathir Mohamad memaklumkan bersedia disoal siasat berhubung isu kerugian urus niaga mata wang asing oleh Bank Negara Malaysia (BNM) sekitar 1990-an.

Memetik sumber Berita Harian Online, Pengerusi Parti Peribumi Bersatu Malaysia (PPBM) itu berkata, pihaknya mengalu-alukan pihak berkuasa untuk memanggil beliau bagi menjalankan sesi soal siasat terbabit.

“Setakat ini saya tidak dipanggil oleh mana-mana pihak berhubung siasatan isu ini. Bagaimanapun, saya bersedia untuk berbuat demikian.

“Malah, saya mengalu-alukan mereka (pihak berkuasa) untuk menetapkan tarikh dan lokasi yang dianggap bersesuaian dengan mereka,” katanya pada sidang media Program Bual Bicara Tun M di sini, malam tadi.

Sebelum ini, Kabinet bersetuju menubuhkan pasukan petugas khas untuk menjalankan siasatan awal berkenaan kerugian urus niaga mata wang asing oleh BNM, sekitar 1990-an yang dianggotai pelbagai agensi kerajaan, termasuk individu dihormati dan berpengalaman luas dalam bidang tertentu.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");