Perak Hari Ini

Feminin Fest@Ladies Lane Bantu Promosikan Tahun Melawat Perak 2017

 

IPOH: Kerajaan negeri mengharapkan Program Feminin Fest@Ladies Lane akan meninggalkan satu fenomena yang memberi impak khasnya kepada wanita di negeri Perak.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga dan Kebajikan Masyarakat, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Rusnah Kassim

Menurut Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga dan Kebajikan Masyarakat, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Rusnah Kassim, program ini akan dijadikan acara tahunan dimana ia bakal dimasukkan ke dalam kalendar Tahun Melawat Perak 2017 sebagai usaha membantu mempromosikan Tahun Melawat Perak.

“Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kesenian, Kebudayaan, Komunikasi dan Multimedia, Datuk Nolee Ashilin Mohammed Radzi yang membenarkan program Ladies Lane ini dimasukkan ke dalam kalendar Tahun Melawat Perak 2017.

“Selain dapat membantu mempromosikan negeri, program ini juga turut mempromosikan kebudayaan di Perak kerana setiap minggu kita akan mengadakan persembahan muzik yang mengikut tema berbeza,” katanya selepas merasmikan Program Feminin Fest@Ladies Lane di sini, hari ini.

Tambah beliau juga, Ladies Lane yang diwujudkan setahun yang lalu merupakan antara inisiatif untuk membantu peniaga dikalangan golongan wanita yang terpilih dalam mencari pendapatan tambahan.

“Ladies Lane ini dah wujud setahun yang lalu. Ini adalah inisiatif kerajaan negeri membantu golongan wanita untuk berniaga mencari pendapatan tambahan.

“Kerajaan negeri telah siapkan khemah dan meja, mereka hanya perlu datang dan berniaga sahaja. Saya juga ingin ucapkan tahniah kepada peniaga semua kerana telah berjaya mengharungi berbagai cabaran dalam dunia perniagaan,” katanya.

Program Feminin Fest@Ladies Lane ini akan menggabungkan peniaga di Ladies Lane dan beberapa acara serantak yang diadakan seperti ladies bikers, food truck, pameran, ceramah kesihatan dan sebagainya.

Selain membantu mempromosikan Tahun Melawat Perak 2017 objektif program ini juga antaranya adalah untuk menarik pengunjung ke Ladies Lane, membantu mempromosi peniaga-peniaga di Ladies Lane, menggalakkan lebih ramai usahawan wanita meningkatkan pertumbuhan ekonomi dan menyuntik semangat wanita untuk lebih yakin dan menyerlahkan potensi diri mereka.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");