Berita Hari Ini

Gagal Selepas Beberapa Saat Dilancarkan

SEOUL: Hanya beberapa saat sebaik dilancarkan, ujian peluru berpandu balistik Korea Utara dari kawasan utara Pyongyang, dikatakan telah gagal, lapor agensi berita tempatan.

“Korea Utara melancarkan peluru berpandu yang tidak dikenal pasti dari kawasan Bukchang di Pyeongannam-do (wilayah selatan Pyeongan) awal pagi ini. Ia dianggap gagal,” lapor agensi Yonhap memetik kenyataan dikeluarkan tentera Korea Selatan.

Ujian itu dilakukan ketika ketegangan kian memuncak di Semenanjung Korea, dengan pelancaran siri peluru berpandu terkini dilancarkan Utara dan amaran daripada pentadbiran Presiden Donald Trump yang semakin hilang kesabaran.

Sementara itu, di Washington pegawai pertahanan Amerika Syarikat (AS) mengesahkan kepada AFP, Korea Utara melakukan ujian peluru berpandu yang tidak diketahui jenisnya.

Laporan itu turut mengesahkan peluru berpandu itu meletup beberapa saat selepas dilancarkan.

Seoul sedang menganalisa jenis dan jarak pelancaran itu.

Utara semakin meningkatkan ketegangan dalam tempoh beberapa bulan dengan melakukan beberapa siri ujian peluru berpandu, termasuk tiga yang dilancarkan jatuh berhampiran perairan Jepun memetik sumber AFP.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");