Sukan Hari Ini

Gelaran Pemain Terbaik EPL Jadi Milik N’Golo Kante

BINTANG Chelsea, N’Golo Kante dinobatkan sebagai pemain terbaik Liga Perdana Inggeris (EPL) pada musim ini apabila merangkul anugerah Pemain Terbaik Tahunan Persatuan Pemain Bola Sepak Profesional (PFA) pada Ahad.

Pemain tengah The Blues itu, menewaskan pencabarnya, Eden Hazard, Harry Kane, Romelu Lukaku, Zlatan Ibrahimovic dan Alexis Sanchez berdasarkan undian dalam kalangan pemain.

Sementara itu, anugerah Pemain Muda Terbaik Tahunan PFA menjadi milik pemain Tottenham Hotspurs, Delle Ali buat kali kedua berturut-turut.

Kante berkata, anugerah tersebut merupakan penghormatan yang besar buat dirinya kerana dipilih oleh pemain lain.

“Sungguh berbangga mendapat pengiktirafan ini. Sangat hebat.

“Seperti saya selalu katanya, ianya hasil kerja berpasukan. Terima kasih buat rakan sepasukan, staf Chelsea dan semua penyokong,” katanya.

Pemain berusia 26 tahun itu berpeluang untuk menambah koleksi medal apabila Chelsea kini semakin hampir memenangi gelaran EPL.

Kante sudah memenangi trofi EPL pada musim lepas bersama Leicester City dan kini hampir pasti memenangi gelaran tersebut buat kali kedua.

“Dua musim pertama saya sangat indah.

“Musim lepas sangat indah dan musim ini, kita mempunyai musim yang baik tetapi perlu menamatkannya dengan baik.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");