Isu Panas

Hapus GST Kerana Hukumnya Haram

ALOR SETAR: Dewan Ulama Pas Pusat menyenaraikan beberapa tuntutan bagi menangani kemelut ekonomi negara.

Memetik laporan Sinar Harian, Ketuanya, Datuk Dr Mahfodz Mohamed menegaskan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) mesti dibatalkan kerana kaedah percukaian itu bercanggah dengan Islam dan hukumnya adalah haram.

“Ini kerana GST dikenakan kepada semua rakyat termasuk orang miskin atas perbelanjaan mereka,” katanya.

Malah jelasnya di saat kerajaan melakukan pembaziran dalam perbelanjaan adalah tidak layak untuk kerajaan menuntut rakyat menanggung perbelanjaan itu melalui cukai GST.

“Kerajaan sepatutnya mengenakan cukai kepada kelompok kaya melalui sumber seperti, cukai simpanan korporat dan cukai atas keuntungan jual beli saham di bursa saham. Ini antara cukai yang harus dikenakan kepada golongan berada,” katanya.

Mahfodz berkata, cukai alternatif ini merupakan kewajipan daripada orang kaya untuk agihan kepada golongan miskin dan bertepatan dengan kaedah percukaian dalam Islam.

“Tuntutan lain termasuk utamakan membasmi ekonomi berasaskan riba, sosial wakaf sedekah diperkasakan, hasil tadbir urus cemerlang untuk diagihkan kepada yang memerlukan serta wujudkan pasaran beretika,” katanya.

Terdahulu GST mula berkuatkuasa pada 1 April 2015.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");