Perak Hari Ini

Hari Terbuka Armada Langkah Baik Dekati TLDM, Rakyat

LUMUT:Penganjuran Hari Terbuka Armada (HTA) bersempena sambutan Hari Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) ke-83 merupakan satu pendekatan Strategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOS) yang cukup baik.

Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir berkata ia disifatkannya sebagai satu pendekatan yang unik apabila buat pertama kalinya penganjuran Agrofest Perak 2017 secara kolaborasi bersama Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani serta Kerajaan Negeri.

“Program mini Maha dengan kerjasama Kementerian Pertanian dan Kerajaan Negeri Perak ini sangat unik apabila melibatkan kerjasama NBOS dengan semua pihak,” katanya kepada media sejurus selepas merasmikan HTA di Pangkalan TLDM di sini hari ini.

Tambahnya lagi, penganjuran hari terbuka ini membolehkan pihak TLDM menjalinkan hubungan erat bersama rakyat jelata selain memberi peluang kepada rakyat untuk melihat sendiri aset TLDM.

“Hubungan erat ini akan membuahkan hasil yang baik,” katanya.

Malah beliau turut mensasarkan kehadiran 60,000 pengunjung bagi tempoh tiga hari penganjuran HTA.

HTA kali ini tampil dengan empat segmen utama dan buat pertama kalinya berkonsepkan karnival siang dan malam khusus kepada orang awam.

HTA merupakan aktiviti tahunan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) yang dianjurkan oleh Armada TLDM dengan kerjasama semua markas Formasi dan unit naungan.

Terdahulu Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir telah merasmikan Hari Terbuka Armada (HTA) yang dianjurkan selama tiga hari bermula hari ini.

Beliau tiba sekitar jam 9.30 pagi tadi yang turut diiringi oleh Panglima Tentera Laut, Laksamana Tan Sri Ahmad Kamarulzaman Ahmad Badaruddin.

HTA 2017 akan dibuka bermula seawal jam 9 pagi sehingga 10 malam dan orang ramai diberi peluang untuk mendekati aset TLDM yang dibuka kepada umum secara dekat.

Terdapat juga pelbagai jenis jualan produk segar seperti buah-buahan dan sayuran serta pelbagai pameran melibatkan pertanian, perikanan, teknologi dan inovasi yang bermula pada hari sehingga Ahad ini.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");