Membawang Hari Ini

Ingin Terus Cantik, Catherine Zeta-Jones Belanja RM11,000

PELAKON antarabangsa, Catherine Zeta-Jones sanggup berhabis duit untuk membeli produk kecantikan bagi menjaga wajahnya agar sentiasa kelihatan awet muda dan jelita.

Menurut laporan media antarabangsa, Catherine memastikan dia  hanya menggunakan produk terbaik dan sanggup  membelanjakan AS$2,600 atau kira-kira RM11,000 untuk kecantikan wajahnya.

“Produk penjagaan wajah dan badan saya memang merupakan aspek yang penting dalam kehidupan saya.

“Saya akan memilih produk yang terbaik tetapi saya tidaklah menggunakan kesemuanya pada waktu yang sama,” tulisnya di Instagram.

Malah pelakon berusia 47 tahun itu turut menyediakan ruang khas di biliknya semata-mata untuk menyimpan kesemua produk kecantikan yang dibeli.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");