Isu Panas

Jahanam Pan: Amanah Tak Kecil Hati

KUALA LUMPUR:Amanah tidak berkecil hati dengan ungkapan ‘Jahanam Pan’ yang ditujukan kepada parti itu di Muktamar Dewan Ulamak Pas, semalam.

Memetik sumber Sinar Harian,Timbalan Presiden Amanah, Salahuddin Ayub berkata, sebaliknya tindakan perwakilan Pas itu membuktikan Amanah menjadi saingan yang semakin digeruni.

“Kita tak kecil hati sebaliknya jauh di sudut hati saya gembira. Apabila Pas tunjukkan reaksi yang agresif kepada Amanah, ini tunjukkan kita semakin ditakuti.

“Malah, apa yang mereka dakwa Amanah sebagai parti serpihan dan sebagainya terbukti tidak benar. Itu yang jadi kerisauan Pas dan kerisauan mereka berasas kerana Amanah ternyata semakin diterima berbanding Pas,” katanya kepada Sinar Harian.

Semalam, istilah ‘Jahanam PAN’ dilaungkan sebelum Ketua Dewan Ulamak Pas Kedah, Mohd Rejab Md Akhir memulakan ucapan pada Muktamar Dewan Ulamak Pas.

Sebelum itu, Mohd Rejab meminta semua perwakilan berdiri kerana mahu mengetuai bacaan ikrar.

Bacaan ikrar yang disampaikan dalam bahasa Arab itu disusuli laungan takbir sebanyak tiga kali, sebelum Mohd Rejab menyebut ‘Jahanam PAN’ sebaik ia berakhir.

Menurut Salahuddin, tindakan perwakilan Pas itu juga bukan satu budaya politik yang dianjurkan Islam.

Jadi tak sewajarnya ia berlaku dan kita juga tidak akan terpedaya dengan pendekatan sebegini,” katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");