Membawang Hari Ini

Joras Tidak Lagi Sefahaman?

Program Maharaja Lawak Mega 2017 minggu ke sembilan pada Jumaat lalu menyaksikan kumpulan Joras tersingkir dari pertandingan tersebut.

Penyingkiran itu, tentunya menyebabkan peminat kumpulan itu kecewa kerana Joras gagal untuk terus mara ke peringkat akhir.

Persembahan Joras minggu lalu juga dikatakan sangat hambar dan terlalu banyak menggunakan lawak lucah sehingga juri, Datuk Rosyam Nor menegur persembahan mereka.

Pada awal-awal minggu pertandingan, persembahan Joras boleh dikatakan antara yang paling lawak dan sering ada idea-idea segar.

Namun selepas minggu kelima, persembahan Joras mula hambar dan kurang lawak yang menjadi.

Kurang persefahaman antara Rahim, Joey dan Syuk dikatakan menjadi punca persembahan Joras jadi hambar.

Rahim mempunyai komitmen bersama Sepahtu dan terlibat sebagai penyampai Sinar Pagi yang menuntut banyak masa terpaksa dikorbankan.

Malahan, kurang komitmen terhadap latihan menyebabkan Joras gagal tampil dengan persembahan yang melucukan.

Apa-apa pun peminat Joras berharap agar kumpulan itu akan mampu terus bertahan kerana Joras antara kumpulan lawak yang makin mendapat perhatian.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");