Isu Panas

Kembalikan Kuasa Merotan Pelajar

SHAH ALAM: Persatuan Progresif India Malaysia (Mipas) mencadangkan kuasa merotan pelajar dikembalikan bagi mengurangkan masalah sosial dalam kalangan mereka.

Setiausaha Agungnya, S Barathidasan berkata, ia juga dapat mengawal kes salah laku dalam kalangan pelajar dan membentuk disiplin.

“Cadangan ini bukanlah sekadar hukuman, tetapi mendidik dan memupuk kesedaran diri anak-anak. Seperti di era 70-an dan 80-an pelajar takut melakukan kesalahan, kerana mereka malu akan dirotan semasa perhimpunan di sekolah.

“Melentur buluh biarlah dari rebungnya, yang membawa maksud hendak mengajar atau mendidik anak-anak biarlah ketika usia mereka masih kecil,” katanya dalam kenyataan, semalam.

Menurutnya, pelajar yang ditahan kerana menyertai kumpulan kongsi gelap amat menyedihkan. Apakah nasib, pembelajaran dan masa depan pelajar yang terlibat dalam gejala gangsterism ini? Mipas mencadangkan setiap sekolah ada petugas khas untuk menangani gangsterism di sekolah.

“Guru, ibu bapa, badan bukan kerajaan dan orang ramai harus memainkan peranan serta tanggungjawab masing-masing,” katanya.

Menurutnya, pelajar dan generasi muda perlu bersedia menghadapi cabaran dalam usaha membentuk masa depan negara.

“Jika pelajar dan generasi muda lemah, terjebak dengan masalah sosial, dadah dan sebagainya, maka rosaklah masa depan negara,” katanya, memetik sumber Sinar Harian Online.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");