Membawang Hari Ini

Kesal Dengan Insiden Penghinaan: Primeworks Tampil Mohon Maaf Pada Watson

 

Susulan insiden mempersendakan nama bapa kepada Bekas Jaguh Pecut Negara, Watson Nyambek, akhirnya Prime Studio tampil membuat permohonan maaf secara terbuka.

Dari satu kenyataan yang dikeluarkan hari ini, Ketua Pegawai Ekskutif Primeworks Studios Sdn Bhd, Ahmad Izham Omar berkata pihaknya kesal dengan kejadian itu dan amat menghormati Watson, bapa dan keluarganya.

“Selaku Ketua Pegawai Ekskutif, syarikat penerbitan rancangan Sukan Tak Sentral bagi pihak TV3 dan TV9 dengan rendah hati ingin memohon maaf kepada saudara Watson Nyambek gara-gara mempersendakan nama baik ayah beliau.

“Kejadian yang berlaku ini memberi pengajaran kepada kami untuk lebih peka dengan keadaan sekeliling.

“Kami amat menghormati Watson, bapa dan keluarganya. Beliau adalah seorang jaguh pecut negara serta atlet yang telah banyak berjasa mengharumkan nama negara,” katanya.

Ahamd Izham berkata, pihaknya telah memberi peringatan kepada semua kakitangannya untuk sentiasa peka dan sensitif dalam setiap rancangan diterbitkan.

“Pihak kami juga akan membuat kajian semula terhadap kaedah kerja operasi kami bagi mengelakkan kejadian ini berulang,” katanya.

Menerusi program Sukan Tak Sentral yang disiarkan pada malam Sabtu, hos program itu, Ammar mempersendakan nama bapa Watson dengan menyamakan dengan bunyi seekor binatang.

Menerusi Facebook miliknya, Watson melahirkan rasa kecewa dan tersinggung dengan perbuatan menghina bapanya yang telah meninggal dunia tiga tahun lalu.

“Orang hina saya miskin, bankrap, tak ada apa saya terima, nak ketawakan saya apa boleh buat,nasib kita macam tu,tapi bapa saya bukan binatang untuk dipersendakan.” luah Watson dalam Facebooknya.

Netizen juga memperkatakan tentang isu itu dan ia mula menjadi hangat apabila video rakaman program itu mula tersebar di laman sosial.

Sebelum ini, Watson juga dilaporkan sedang mempertimbangkan untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap program tersebut.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");