Perak Hari Ini

Lawatan Ke TT5 Bukan Untuk Cari Kesilapan Tetapi Kongsi Idea- AMANAH

TANJUNG TUALANG: Parti Amanah Negara (AMANAH) Negeri Perak menganggap lawatannya ke tapak Kapal Korek TT5 (Tanjung Tualang 5) bersama dengan Perbadanan Menteri Besar (MB Inc) disifatkan sebagai perkongsian idea dan bukannya untuk mengkritik.

Pengerusinya Asmuni Awi berkata lawatan itu juga bukan untuk mencari kesilapan sebaliknya berkongsi pandangan dalam membantu kerajaan negeri membangunkan pelancongan kapal korek itu.

Terdahulu beliau mengadakan lawatan ke tapak berkenaan bersama wakil AMANAH Perak dan Ketua Pegawai Eksekutif MB Inc. Datuk Aminudin Hashim yang juga turut hadir memberikan taklimat berkaitan projek tersebut.

“Kita tertarik dengan projek ini dan ia menjadi harapan setiap pelancong untuk datang melihat kapal korek dan memasukinya rupa struktur dalamnya

“Jadi kita Ingin tahu daripada pihak MB Inc dan didapati banyak lagi perlu diperbaiki malah diharapkan perkongsian input dapat digunakan oleh pihak mereka,” katanya sejurus selepas sesi lawatan hampir dua jam itu.

Tambahnya lagi, ia merupakan satu-satunya kapal korek yang masih lagi terdapat di negara ini yang pastinya tiada penggantinya sekiranya ia musnah begitu sahaja.

Beliau turut berharap agar pihak pengurusan memberi keutamaan kepada infrastruktur diluar kawasan kapal korek supaya pelbagai aktiviti dapat dijalankan oleh pengunjung.

“Sementara menunggu baikpulih kapal korek perhatian perlu diberikan kepada infrastuktur luar kawasan ini supaya pengunjung boleh beriadah dan berkelah tidak hanya tertumpu pada kapal korek sahaja,” katanya.

AMANAH Perak juga berharap agar kerajaan negeri dapat memberi perhatian dan membantu secara bersama kerana kapal korek TT5 ini adalah satu khazanah negara yang berharga.

Sementara itu Aminudin berkata proses baikpulih kapal korek kini sekitar 80 peratus siap dan ia dijangka siap sepenuhnya pada Julai ini.

Mengulas mengenai kelewatan projek yang sepatutnya siap tahun ini jelas Aminudin ia disebabkan perubahan pelbagai idea baikpulih dan peruntukan.

“Projek ini sepatutnya siap pada tahun ini tetapi tergendala dan proses membaikpulih bermula pada Mei 2016 kerana mengambil kira pertukaran idea baikpulih dan masalah peruntukan.

“Bagaimanapun kita berjaya mengurangkan peruntukan daripada RM200 juta kepada 4 juta dan kini telah siap 80 peratus,” katanya.

Jelasnya lagi, ia masih tidak boleh dibuka kepada umum setelah mengambil kira mengenai tahap keselamatan walaupun tapak warisan itu telah disenaraikan sebagai antara lokasi menarik sempena Tahun Melawat Perak 2017.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");