Membawang Hari Ini

Lee Kwang Soo Bakal Beraksi Dalam Filem Baru

Pelakon Lee Kwang Soo dikhabarkan bakal membintangi filem terbaru bertajuk ‘The Accidental Detective 2’.

Kwang Soo yang terkenal dengan gelaran Zirafah menerusi rancangan realiti Running Man itu mengesahkan berita baik itu menerusi laman Allkpop.com.

Difahamkan, baru-baru ini, orang dalam produksi mendedahkan bahawa Kwang Soo telah bersetuju untuk tawaran berlakon filem berkenaan.

Malah, beliau juga dilihat telah benar-benar bersedia untuk memainkan karakter yang bakal diberikan.

Bagaimanapun, peranan yang yang bakal dilakonkan dalam filem itu masih belum ditentukan lagi setakat ini.

Selain Kwang Soo, pelakon Kwon Sang Woo dan Sung Dong Il juga akan turut membintangi filem berkenaan.

Apa-apa pun, ‘The Accidental Detective 2’ diharap dapat memberi pulangan kepada Kwang Soo terhadap kariernya selepas setahun tidak beraksi dimana kali terkahirnya adalah pada 2015 menerusi filem ‘Collective Invention’.

Filem berkenaan dijangka memulakan penggambaran filem pada Jun.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");